Searching...
Saturday, April 25, 2015
4:36 PM 0

6 Foto paling mengejutkan di majlis perkahwinan Sam Bunkface & Aida Azira


Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, sekitar jam 9.24 pagi semalam.

Dengan berwalikan abang kandung Aida, Azree Husin, mereka telah dinikahkan dengan hanya sekali lafaz oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas tiga dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

Manakala mas kahwin pula, Aida telah menerima wang berjumlah RM1,000 dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan itu telah dihadiri seramai 200 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Untuk rekod, Sam dan Aida mengikat tali pertunangan mereka pada 6 Oktober 2014.

Tahniah diucapkan! - Bajetcomelun








6:33 AM 0

TERKINI !! Emma Maembong akhirnya beri komen mengenai bakal isteri Zizan Razak


Bekas kekasih Zizan Razak, Emma Maembong menafikan bahawa dirinya merupakan individu yang bakal menjadi isteri kepada pelawak tersebut malah Emma turut memberitahu bahawa selepas hubungan mereka berkahir, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan.

“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia.”

“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma,” katanya kepada Utusan Malaysia di samping mengakui sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

Selain itu Emma mempercayai soal jodoh dan menolak tindakan Zizan berkahwin itu sebagai suatu keputusan yang tergesa-gesa. Malah dia juga percaya Zizan sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang terbaik buatnya.

Zizan secara mengejut memberitahu pihak media bahawa dirinya bakal berkahwin pada Jun ini dengan gadis pilihan yang juga berasal dari negeri kelahirannya iaitu Terengganu. Bagaimanapun Zizan enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu buat masa ini.

Friday, April 24, 2015
5:49 PM 0

Isu lamar Nur Edora, inilah foto rumah Zizan di Terengganu yang bikin terkejut besar


Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit.

Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan.

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap.

Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri.

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja.

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam - Thedaunmedia


10:46 AM 0

Pergh... Inilah foto rumah Ayda Jebat yang amat mewah?


Populariti Ayda Jebat boleh dikatakan melonjak secara drastik sejak dia membintangi drama Rindu Awak 200%.

Sejak itu rezekinya semakin meruah hingga dengar khabar, pada usia semuda 23 tahun pelakon yang terkenal dengan tagline ‘Muah Ciked’ ini sudah mampu memiliki rumah sendiri.

Ayda yang mesra mengelarkan dirinya sebagai Adik, mengakui hal ini dan memberitahu dia telah membeli rumah kali pertama yang terletak di Kuala Lumpur, hasil titik peluknya dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan jenis rumah yang dibeli sama ada sebuah pangsapuri, rumah teres atau banglo.

“Adik beli rumah ni pada tahun lepas. Tak payahlah cakap rumah macam mana yang dibeli. Cukuplah kalau Adik cakap yang rumah ni terletak di KL,” jelasnya.

Tambah Ayda, dia memilih untuk membeli rumah di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerjaya seninya yang lebih tertumpu di ibu kota.


V


V


V


V


V


V



Lihat foto kat SINI

1:14 AM 0

6 Foto Aaisyah Dhia Rana tanpa mekap amat memeranjatkan


Baby selebriti yang tengah meletop sekarang, Aaisyahdhiarana memang menjadi perhatian ramai sekarang.

Kini Aaisyah juga ada Manager sendiri. Dengar cerita banyak pula tawaran tue.

Tapi daddy Zain dan Mummy Che ta juga tidak kurang sibuknya. Bila sibuk 'shooting' atau pun urusan 'bisnes', sasha saidin la yang jadi pengasuhnya.

Jom tengok apa aktiviti aunty Shasha dan Aaisyah kali ini. Comel kan?


V


V


V


V


V


V


V


V










Sumber : Thethumbpost

Thursday, April 23, 2015
5:39 PM 1

Akhirnya Lisa Surihani dedah jantina anak, 4 FOTO bentuk Baby Bump Lisa tembus pandang?


Baru-baru ini Fasha Sandha dan keluarga mengadakan sambutan hari lahir anaknya Rayfal yang masuk 2 tahun.

Dengan tema Bumblebee, majlis nya memang meriah dengan tetamu yang terdiri dari artis jemputan.

Paling mendapat perhatian adalah kehadiran Lisa Surihani. Datang bersama ibunya, Lisa nyata berseri-seri. Ye la seri ibu mengandung kan?

Tonton video SINI mengenai jantina anak Lisa Surihani.

Sumber : Beritanew





7:12 AM 0

Pengakuan tergempar Rozita Che Wan kejutkan dunia hiburan tempatan


Mungkin disebabkan jarang kelihatan di kaca televisyen, ada spekulasi yang menyatakan bahawaRozita Che Wan kini sudah pun berundur daripada bidang lakonan namun pelakon cantik jelita ini mempunyai jawapan tersendiri terhadap dakwaan tersebut.

Menurut Che Ta, dia kini masih menerima tawaran berlakon namun tidak sekerap dulu malah dalam masa yang sama menjelaskan bersikap lebih memilih dan hanya mahu berlakon dengan produksi miliknya sendiri iaitu Padusi Productions.

“Saya bukan berhenti terus. Sejujurnya, saya akui sudah malas berlakon kerana penat dari pagi sampai ke pagi. Selama ini memang saya tak suka sangat berlakon tetapi sebab dulu tak tahu nak buat apa dan tawaran pun pada masa itu banyak, jadi saya teruskan.

“Sekarang saya ada banyak benda nak buat dan saya semakin seronok menerbitkan program dan sibuk dengan perniagaan online. Kalau nak berlakon pun dengan produksi sendiri atau Zeel Production sebab lebih selesa,”
katanya.

Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan tudungnya yang semakin dapat sambutan lebih-lebih lagi untuk persiapan menjelang Aidilfitri.

Sumber : Rotikaya