Menurut Che Ta, dia kini masih menerima tawaran berlakon namun tidak sekerap dulu malah dalam masa yang sama menjelaskan bersikap lebih memilih dan hanya mahu berlakon dengan produksi miliknya sendiri iaitu Padusi Productions.
“Saya bukan berhenti terus. Sejujurnya, saya akui sudah malas berlakon kerana penat dari pagi sampai ke pagi. Selama ini memang saya tak suka sangat berlakon tetapi sebab dulu tak tahu nak buat apa dan tawaran pun pada masa itu banyak, jadi saya teruskan.
“Sekarang saya ada banyak benda nak buat dan saya semakin seronok menerbitkan program dan sibuk dengan perniagaan online. Kalau nak berlakon pun dengan produksi sendiri atau Zeel Production sebab lebih selesa,” katanya.
Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan tudungnya yang semakin dapat sambutan lebih-lebih lagi untuk persiapan menjelang Aidilfitri.
0 comments:
Post a Comment