Searching...
Saturday, April 25, 2015
6:33 AM 0

TERKINI !! Emma Maembong akhirnya beri komen mengenai bakal isteri Zizan Razak


Bekas kekasih Zizan Razak, Emma Maembong menafikan bahawa dirinya merupakan individu yang bakal menjadi isteri kepada pelawak tersebut malah Emma turut memberitahu bahawa selepas hubungan mereka berkahir, dia tidak berhasrat untuk kembali semula sebagai kekasih Zizan.

“Maaf bukan saya wanita yang akan berkahwin dengan Zizan. Saya dengar juga dia akan berkahwin Jun ini dan sudah tentu saya gembira untuk dia.”

“Soal jodoh saya fikir bukan kita yang menentukannya. Sama seperti orang lain, saya juga mahu sampaikan ucapan tahniah buat dia dan bakal isteri,” kata Emma,” katanya kepada Utusan Malaysia di samping mengakui sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

Selain itu Emma mempercayai soal jodoh dan menolak tindakan Zizan berkahwin itu sebagai suatu keputusan yang tergesa-gesa. Malah dia juga percaya Zizan sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang terbaik buatnya.

Zizan secara mengejut memberitahu pihak media bahawa dirinya bakal berkahwin pada Jun ini dengan gadis pilihan yang juga berasal dari negeri kelahirannya iaitu Terengganu. Bagaimanapun Zizan enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu buat masa ini.

0 comments:

Post a Comment