Searching...
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Sunday, March 22, 2015
11:56 PM 0

Video penuh kejadian sebenar wanita perancis dibuli wanita samseng


Kejadian ini berlaku pagi semalam di tempat letak kereta di Krokop Miri. Seorang wanita perancis menjadi mangsa buli samseng jalanan apabila beliau diserang dan dipukul oleh seorang wanita yang marah selepas mangsa menjerit agar berhenti mengundurkan kereta kerana bimbang ibunya yang berdiri hanya beberapa inci di belakang kereta wanita tersebut.

Wanita Perancis berusia 44 tahun itu sebelum kejadian dikatakan bersama dengan ibunya sedang membuka but kereta mereka untuk meletak barang-barang yang telah dibeli di pasar. Namun sebuah kereta parkir berhampiran mereka tiba-tiba mengundur dan hampir terlanggar ibu mangsa.

Terkejut dengan kejadian itu, wanita itu terus menjerit terhadap pemandu kereta berkenaan agar berhenti mengundurkan kenderaannya.Tetapi jeritan wanita Perancis itu menyebabkan pemandu wanita terbabit berang.

Sambil melangkah keluar dari keretanya, pemandu wanita itu terus meludah mangsa sebelum memukulnya menggunakan payung cap ayam di bahagian dahi. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang dengan payung. Kereta mangsa juga turut dihentak sehingga calar.

Seorang pemandu wanita (baju biru) yang lain menyaksikan kejadian itu cuba meredakan keadaan namun tidak berjaya.

Sekali lagi wanita itu cuba menenangkannya dan meminta dia memohon maaf kepada dua wanita Perancis, namun tidak diendahkan. Wanita itu sebaliknya memilih untuk terus marah dan memandu pergi dari tempat kejadian.

Namun, mangsa berjaya mengambil gambar keretanya dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Miri pada hari yang sama.

9:08 PM 0

6 Foto gelagat pakcik minta sedekah di lampu isyarat Flaminggo Hotel Ampang Point

Hari ini, Page Penmerahdotcom telah menerima kiriman beberapa keping gambar mengenai gelagat seorang pakcik meminta sedekah di lampu isyarat Flaminggo Hotel Ampang Point.

Tindakan sedemikian mendapat perhatian para pemandu di kawasan berkenaan dan orang ramai kerana boleh membahaya nyawa pakcik terbabit.

Jom baca luahan salah seorang pemandu yang sempat mengambil 6 keping gambar gelagat berani seorang pakcik dipercayai wargasing meminta sedekah.

"Saya harap pihak penmerah dpt warkan pekara ini, di KL pemandangan ini sudah menjadi kebiasaan, kebanjiran wargasing mintak sedekah di lampu isyarat, membahaya diri dia dan org lain..pakcik ni hampir di langgar motor di lampu isyarat flaminggo hotel ampang point, mana pihak berkuasa."- Kiriman sahabat Penmerahdotcom.







7:53 AM 0

Kisah sebenar Guru berusia kahwin dengan anak muridnya kini terbongkar


Ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ ternyata benar.

Begitulah pasangan pengantin baru ini yang telah mencuri perhatian netizen apabila gambar perkahwinan mereka dimuat naik di laman sosial Facebook.

Sebenarnya, boleh dikatakan gadis yang berkahwin dengan lelaki lebih berusia bukanlah perkara luar biasa.

Namun, cerita di sebalik kisah pengantin ini yang menarik perhatian ramai.

Rupa-rupanya, pengantin lelaki merupakan guru kepada isterinya dahulu.

Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini namun harus diingat, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi.

Mereka pun dah selamat bergelar suami isteri.. semoga berbahagia diucapkan.

Sumber : Mynewshub




Saturday, March 21, 2015
6:41 PM 0

2 Foto imej baru Siti Aisya Adam, isteri Matyo di Majlis Persandingan TMJ


Penampilan baru Siti Aisya Adam, isteri Matyo di majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda Bustaman paling mencuri tumpuan ramai sehingga ada yang mungkin terkejut.

Perubahan ini pastinya satu perkembangan positif buat keluarga Matyo atau nama sebenarnya, Norshahrul Idlan Talaha, 28.

Jom saksikan imej baru Siti Aisya Adam di bawah.


V


V


V


V


V


V


V




9:31 AM 0

Ustaz Kazim Elias buat pendedahan disihir 4 kali kerana berdakwah


Meskipun tidak lagi muncul dalam program televisyen selepas ini, bukan bermakna susuk tubuh bernama Mohd Kazim Elias ini luntur semangatnya dalam berdakwah.

Mohd Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebaliknya berkata, beliau akan terus menyebarkan ilmu ALLAH ini dengan cara ‘low profile’ kepada seluruh masyarakat Islam.

Bercakap kepada Sinar Online, Ustaz Kazim berkata, jika tidak mampu berhadapan dengan rintangan sebagai pendakwah, sudah lama beliau bersara, namun itu bukan pilihannya.

“Alhamdulillah saya sudah berdakwah lebih kurang 24 tahun, saya pernah melalui pelbagai ranjau dan duri dalam berdakwah. Saya pernah disihir empat kali dan pernah dibedah sebab sihir apabila dibedah doktor kata tidak menjumpai ‘penyakit’ itu, namun saya terus berdakwah.

“Namun kini, saya rasa pendekatan saya mungkin perlu berubah, biarlah saya memberi peluang kepada pendakwah muka baharu untuk berceramah,” luahnya.

Berbicara lanjut Ustaz Kazim berkata, selain pernah ditipu bayaran beliau juga acapkali difitnah.

“Saya pernah diberi cek tendang, dan sudah banyak kali akaun palsu FB dibuat untuk menjatuhkan saya. Tetapi saya terus sabar. Sekarang saya fikir sudah tiba masanya saya ‘menghentikan’ semua itu, jadi saya pilih tidak perlulah lagi saya muncul di kaca televisyen, cukuplah sekadar saya berceramah di tempat awam hanya apabila ada orang panggil,” tuturnya.

Namun begitu ujarnya, peminat masih boleh menontonnya di kaca televisyen menerusi rancangan “Kalau Dah Jodoh” di Astro Oasis, rancangan “Bismillah” terbitan TV3 dan satu lagi di rancangan “Kopi Bersama Ustaz Kazim” di TV9.

“Hanya itu sahaja, saya juga sudah batalkan 10 program yang melibatkan saya,” katanya.

Kelmarin, Kazim membuat keputusan menarik diri daripada muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen menerusi Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Batu Kurau yang disiarkan secara langsung melalui siaran RTM1.

Bagaimanapun beliau akan meneruskan ceramah bagi rancangan yang telah dipersetujui secara hitam putih termasuk program ‘Kalau Dah Jodoh’ yang kini masih berbaki 10 episod.

Sumber : Beritamalaysia

Thursday, February 26, 2015
5:24 AM 0

Akhirnya Dato Seri Vida kongsi kisah menyayat hati dua anak terkorban dalam kebakaran


Tentu ramai masih mengingati detik-detik sedih dalam hidup pengasas produk Qu Puteh, Dato Seri Vida selepas dua anaknya terkorban dalam kebakaran rumahnya di Ipoh.

Memang amat sedih dan sebak kami membaca luahan hati Dato Seri Vida. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ibu mana yang boleh melupakan kisah tragis itu.

Baca selanjutnya SINI >>>

Wednesday, February 25, 2015
8:42 PM 0

2 Gambar binatang peliharaan Tunku Jalil, anak Sultan Johor paling mengejutkan?


Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil juga anak Sultan Johor telah berkongsi sekeping gambar haiwan peliharaanya menerusi akaun Instagram peribadi.

Gambar tersebut kemudian telah mendapat lebih 5,000 likes.

Kami akui memang amat terkejut selepas melihat jenis binatang itu di SINI.

Reaksi korang pula macam mana? Kongsikan komen di bawah ya.

Thursday, February 12, 2015
5:32 PM 0

Pesanan sayu Tuan Guru Nik Abdul Aziz paling menyentuh hati


Malam tadi, kita dikejutkan dengan pemergian pemimpin terulung negara, Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tiada siapa menyangka berita menyedihkan seperti in berlaku pada saat-saat begini. Apapun, kami harap keluarga Allahyarham terus tabah dan cekal hati.

Bagi korang yang tak sempat membaca pesanan sayu Tuan Guru Nik Abdul Aziz, korang boleh baca kat SINI. Memang amat menyentuh hati dan buat kami sebak.

Tuesday, February 10, 2015
6:14 AM 0

Rintihan sedih isteri Saiful Bukhari selepas Anwar Ibrahim dipenjara 5 tahun


Ramai sedia maklum, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan bersalah hari ini atas kesalahan melihat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Jom baca kat SINI rintihan menyayat hati isteri Saiful Bukhari selepas Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.