Searching...
Saturday, March 21, 2015
10:45 PM 0

(19 FOTO) Sekitar majlis malam berinai Sharifah Sakinah lain dari yang lain


Bakal menjalankan majlis pernikahan pada 28 Mac ini, Sharifah Sakinah terlebih dahulu mengadakan majlis malam berinai yang dihadiri oleh rakan-rakan rapatnya dan daripada pemerhatian kami, memang meriah majlis yang diadakan.

Antara rakan artis yang turut menghadiri dan meraikan majlis tersebut ialah Elfira Loy, Nabila Huda, Tasha Shila serta Marsha. Nampaknya Sakinah betul-betul menghargai persahabatan rakan-rakan yang rapat dengannya melihatkan daripada kemesraan mereka bersama.

Selain itu, melalui pengamatan kami, majlis mandi bunga turut diadakan pada malam tersebut dan ia cukup meriah sekali. Apa-apa pun, semoga perjalanan dan persiapan Sakinah untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami pun mahu juga mandi bunga. Gurau saja.

Sumber : Rotikaya



















0 comments:

Post a Comment