Searching...
Thursday, February 26, 2015
6:56 AM 0

Kata-kata Liyana Jasmay mengenai kandungan Lisa Surihani sangat mengejutkan


Umum sudah mengetahui, pelakon jelita Lisa Surihani kini disahkan mengandung anak pertama selepas tiga tahun mendirikan rumahtangga dengan Yusry KRU.

Berita terbaru ini menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Begitupun, timbul kontroversi yang mendakwa pasangan Lisa dan Yusry menggunakan kaedah Tabung Uji untuk hamil.

Lisa Surihani yang dihubungi media tidak mahu menjawab kontroversi itu dan meminta orang ramai menghormati privasi mereka.

Lebih menarik, pelakon comel Liyana Jasmay turut menyampaikan kata-kata buat Lisa Surihani yang sangat mengejutkan kami.

Berikut ialah kata-kata Liyana buat Lisa Surihani mengenai kehamilannya :-

“Alhamdulillah doa saya akhirnya terjawab. Cuma satu saja nasihat saya kepadanya kena mula berehat dan jangan ambil lagi tawaran berlakon yang memerlukan kerja berat. Tapi kalau ada undangan ke majlis yang perlu berpakaian cantik, bolehlah pergi juga,” ungkap Liyana ibu kepada Sofia Arissa.

Bagi Lisa pula, Liyana antara teman seperjuangan di arena seni yang cukup akrab dengannya. Lisa memanggil Liyana dengan panggilan Adik. Ketika ini Lisa masih merahsiakan usia kandungannya.

“Sebelum saya disahkan mengandung, dia (Liyana) kerana panggil saya meluangkan masa bersama anaknya. Sedikit sebanyak jadi pengubat perasaan saya. Tambahan pula anaknya sangat manja. Terima kasih atas doa semua...

“Saya adalah berdepan dengan alergi yang teruk tapi masih boleh dikawal. Apa yang ibu saya larang, saya ikut...

“Satu persamaan ketara saya dengan Liyana ialah kami rapat dengan ibu. Mungkin orang akan cakap macam ‘old fashion’ tetapi biarlah yang tradisi itulah tak patut dilupakan,”
katanya yang akan muncul dengan filem Cicakman 3 tak lama lagi.

Baca lagi : Gosipnhiburan

0 comments:

Post a Comment